CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 24, 2008

ceritaku....


...ADAM HAWA....

Aku selusuri masa cutiku dengan menyudahkan pembacaanku dengan Adam Hawa. Indah khabar yang ku terima benar, tidak bohong isi kandunganya begitu indah untuk dibaca. Dapatku gambarkan bagaimana penulis Aisya Sofea ini menggali hasil karyanya dengan jayanya sehinggakan setiap patah perkataanya menggambarkan kematangan fikiran serta ilmu pengetahuan yang tinggi. Pengalaman berada di tanah suci jelas diungkai oleh penulis sehinggakan sang pembaca merasakan turut berada dialam yang sama dengan pengarang serta watak.
Ain Hawani sememangnya diciptakan untuk Adam Mukhriz namun disebabkan perkahwinan yang terpaksa dan mengghaibkan, Ain terpaksa membawa haluan diri, ingin pergi dari menerima kanyataan yang sudah tertulis. Namun yang pasti Adam Mukhriz tetap menunggu Ain Hawani meskipun di pintu Masjidil Haram.
Hati amat tersentuh dengan kebetulan yang digarap penulis untuk tatapan pambaca. Terasa tidak rugi melabur wang bagi mendapatkan sebuah novel Adam Hawa. Aku pasti kalian jua akan terhibur pabila membacanya..

salam mawadhah untuk semua...

rindu rasanya untuk menatap wajah kalian semua..aku sesungguhnya merindui kalian semua wahai sahabatku...

Wednesday, November 19, 2008

majlis jamuan persuratan melayu














sayur campur











agar -agar strawberi


















ayam masak kicap

Tanggal 18 november 2008, hari bersejarah untuk aku bersama rakan- rakan meraikan hari kemenangan kami selepas berjaya mengharungi peperiksaan yg telah lepas. Meriah suasana dengan kehadiran dr mawar bersama dr misran. Sesungguhnya kenangan itu sungguh indah dalam lipatan sejarah hidup kami semua yang bergelar sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi.

Sunday, November 16, 2008




Wanita

Kau digelar sebagai penyeri dunia

Hadirmu melengkap hubungan manusia

Bukan sahaja dirindui yang biasa

Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut

Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu

Jua hatimu bak kaca yang rapuh

Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi

Bukan dari kepala untuk dijunjung

Tapi dekat di bahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok

Jika datangnya dari kayu yang bengkok

Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan

Bukannya harta ataupun pujian

Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa

Bahawa kelembutan bukan kelemahan

Bukan jua penghinaan dari Tuhan

Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Candak

Candak perahu 2 tuju ke hulu
Candak berhias 2 rasanya madu
Umpama tebu air didulang
Jangan dipikat burung di hutan
Burung biasa terbang di awan makan ditangan

Tanganlah kiri 2 menyisir rambut
Tanganlah kanan 2 mengupas pinang
Takkanlah sungguh seluang di laut
Dipukul ombak balik ke pantai
Bunga beradu berisi cincin si airmata

Kompang berbunyi hai lagu gurindam
Langkah digerak berzapin berkajang
Hati dipanah hai rindunya dendam
Makin disentuh rasa hati mengirang

Hai aling2 berdinding
Dinding dengan aling2 kasturi
Angin melimpah tempat beradu
Kasih menikam seluruh badan
Layarku tiup rindu menderu
Hajat bergalas langit nan ringan

Bayangan terbayang ( melayang )
Menuju perlabuhan rindu
Berhati –hati menanti
Sekuntum kasih mewangi.





Saturday, November 15, 2008

Duniaku kini




Sedar tidak sedar, aku kini menanti detik untuk menghabiskan peperiksaanku yang terakhir pada 18 september 2008. Hampir 3 minggu aku bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran bersama rakak- rakan. Kepenatan yang aku alami seolah -olah berhasil bila aku merasakan usahaku selama ini tidak sia - sia . Aku bersyukur dan hanya berserah setelah aku berusaha dan berikhtiar dengan bersungguh -sungguh. Panjatan doa dari mak abah juga ingin ku ucapkankan jutaan terima kasih. Semoga usahaku selama ini akan diberkati hendakNya.


kenangan indah kita bersama...

Kenangan bersama rakan -rakan semasa berkunjung ke Perak.

Persahabatan yang terjalin antara kita akan kekal hingga keakhir hayat.