CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 23, 2008

Lakaran Impian Kabus Keputihan

Kabus pagi menerjah sayu ubun- ubunku
Menyapa dingin wajah putih ayu
Membiaskan dingin di kaki awan biru
Menyambut malam kelam kedinginan
Meringkuk diri dalam kesayuan


Lakaran impian kabus keputihan
Muncul bagai dekat pandangan
Menghiasi impian insan keseorangan
Gigih usaha menyulam keringat
Berbakti untuk para sahabat


Tulang belulang jerih ku hambat
Gagahku mencari secupak ilmu
Impianku penuh kabus kesamaran
Menyulam semangat kentalku tekad
Melirih titik puncak kejayaan


Aku kini nekad bersemangat
Terus menyulam impian keramat
Entah bila ada cahaya hujungnya
Merintih berdoa pada yang Esa
Agar bisa ku temui
Kebesaran-Nya





Umi kalsom Bt Khamsi
(A119780)

Sunday, October 19, 2008


Waktu kecilku ingin sekali aku menjadi seorang DOKTOR, hidup dipenuhi tanggungjawab merawat orang yang memerlukan lantas berkhidmat tanpa ada sebarang rungutan. Ingin benar rasanya aku menjadi DOKTOR, kenal jarum suntikan, ubat ubatan, jenis penyakit bahkan mengenal erti ketabahan melayani ragam manusia yang seribu satu macam. Bagiku insan bergelar DOKTOR sungguh besar pengorbananya, tinggi budi pekertinya serta berkeyakinan menghadapi musibah. Itulah DOKTOR...

Wednesday, October 8, 2008


Di kala bulan Ramadhan tiba, aku seakan-akan teringat sesuatu yang indah pernah aku lalaui dalam hidup sewaktu usia kecilku.. Ramadhan sinonimnya dengan juadah berbuka umat Islam setiap kali bulan mulia itu kembali. Bulan Ramadhan mengingatkanku pada memori juadah yang dihidangkan oleh ibu untuk kami sekeluarga. Terima kasih diucapkan pada ibu yang begitu setia melayan karenah selera kami sekeluarga. Teringat aku akan nasi goreng hasil resepi ibu untuk kami, meskipun ringkas ramuanya, namun titisan nilai kasih sayang yang diberikan kepada kami seakan- akan menambah lagi keenakan nasi goreng itu. Nasi goreng hasil resepi ibu hanyalah berbekalkan nasi putih, 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih, sedikit cili kering yang dikisar, kicap, garam, sedikit sayur tauge dan sawi, daun bawang serta telur gereng sebagai hiasan. Begitu ringkas resepi ibu untuk kami sekeluarga. Tersenyum ibu melihat aku menjamah masakannya miskipun hanya sepinggan nasi goreng. Kini semuanya hanya tinggal kenangan apabila aku sudah menginjak dewasa, jarang sungguh aku dapat merasa masakan ibu kerana aku menuntut pengorbanan meninggalkan keluarga demi menuntut ilmu. Namun apa yang pasti nasi goreng ibu sentiasa aku nantikan apabila aku pulang ke kampung. Tidak sabar rasanya aku untuk pulang meskipun baru kembali ke kampus. Ibu aku merinduimu....