CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 8, 2008


Di kala bulan Ramadhan tiba, aku seakan-akan teringat sesuatu yang indah pernah aku lalaui dalam hidup sewaktu usia kecilku.. Ramadhan sinonimnya dengan juadah berbuka umat Islam setiap kali bulan mulia itu kembali. Bulan Ramadhan mengingatkanku pada memori juadah yang dihidangkan oleh ibu untuk kami sekeluarga. Terima kasih diucapkan pada ibu yang begitu setia melayan karenah selera kami sekeluarga. Teringat aku akan nasi goreng hasil resepi ibu untuk kami, meskipun ringkas ramuanya, namun titisan nilai kasih sayang yang diberikan kepada kami seakan- akan menambah lagi keenakan nasi goreng itu. Nasi goreng hasil resepi ibu hanyalah berbekalkan nasi putih, 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih, sedikit cili kering yang dikisar, kicap, garam, sedikit sayur tauge dan sawi, daun bawang serta telur gereng sebagai hiasan. Begitu ringkas resepi ibu untuk kami sekeluarga. Tersenyum ibu melihat aku menjamah masakannya miskipun hanya sepinggan nasi goreng. Kini semuanya hanya tinggal kenangan apabila aku sudah menginjak dewasa, jarang sungguh aku dapat merasa masakan ibu kerana aku menuntut pengorbanan meninggalkan keluarga demi menuntut ilmu. Namun apa yang pasti nasi goreng ibu sentiasa aku nantikan apabila aku pulang ke kampung. Tidak sabar rasanya aku untuk pulang meskipun baru kembali ke kampus. Ibu aku merinduimu....

2 comments:

hasni Jamali said...

salam saudara.
sangat enak jika makan kita masih di suap ibu.
kasihi ibu dan ayah juga kalian adik abang dan kakak.
mereka harta kita paling berharga.
sudi-sudilah singgah di laman blog saya. hasni

saya manis said...

sememangnya kerinduan itu kekal dalam rindu diri kita.paling enak masakan dari air tangan ibu sendiri. harapan saya semoga saudara dapat menghasilkan resepi masakan, tidak hanya menikmatinya.