
Dunia Batinku
Suasana di sekitar rumahku masih lagi berbalam-balam, matahari masih belum mampu menyimbahi sinar cahayanya, mungkin masih terlalu awal untuk matahari menyinar. Aku bangun bermalas- malas dengan langkah longlai menuju ke bilik mandi untuk menyempurnakan wuduk. Sempat lagi aku mengerling ke arah ibu yang sibuk menjerang air untuk dibuat sarapan. Pagi itu aku menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang hamba kepada pencipta-Nya. Usai solat aku ke dapur menjengah ibu yang mungkin memerlukan bantuan tika itu.
“ Dija tolong mak gerengkan nasi tu, kau campur sekali dengan sayur sawi ni, mak dah basuh sayur tu”, pinta mak kepadaku...
Aku hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa lantas meneruskan kerjaku menggoreng nasi. Usai tugasku, pantas aku mengemas dapur dan membasuh pinggan mangkuk yang bertimbun di dalam sinki.
Aku memandang Kak Rina yang sedang sarat mengandung berjalan menuruni anak- anak tangga. Timbul kasihan aku melihat Kak Rina yang agak sukar berjalan sejak kebelakangan ini. Kata mak kakinya bengkak, mungkin sudah hampir untuk bersalin .Begitulah kata mak kepadaku petang kelmarin.
“ Rina turun tu baik- baik, kamu tu sudah sarat, takut jadi apa –apa susah, kamu tu menanti hari je nak bersalin, hati- hati sikit” leter mak melihat gelagat anaknya yang sorang itu.
Kak Rina hanya tersenyum saja, entah apa yang mengusik hatinya, aku pun tak tahu..Mungkin seri bakal ibu tak lama lagi. Aku turut tersenyum melihat kak Rina, itulah kakak sulungku yang bakal melahirkan anak tak lama lagi. Ternyata aku sekeluarga begitu teruja untuk menantikan saat kelahiranya.
“ Kak Rina tambahlah nasi, ala boleh je makan lebih sikit, kan doktor dah pesan suruh makan lebih untuk tumbesaran bayi.” ngomelku pada kak Rina.. “ Kau ni Dija ada – ada je nak menyakat akak ye, nanti kalau kau kat tempat akak baru kau tahu” . Seloroh akak kepadaku dengan nada bergurau.
Aku hanya tersenyum dan sempat lagi aku membayangkan aku yang berkeadaan seperti itu. Mungkin menarik bagi aku yang tak mempunyai pengalaman begitu namun hakikatnya keadaan sebegitu amat sukat dan kurang menyenangkan. Itulah kata kak Rina kepadaku sewaktu awal kehamilannya.
Usai bersarapan aku terus ke bilik untuk membuat sedikit ulagkaji. Masihku ingat petua – petua orang dahulu yang mengatakan masa yang sesuai untuk belajar adalah waktu pagi. Mungkin ada betulnya pesanan itu, malah aku sendiri lebih selesa dengan cara itu..
Sedang aku mengemas apa yang patut di dalam bilikku, aku disapa Kak Rina....
“Buat apa Dija?” soal Kak Rina kepadaku..
Aku hanya melemparkan senyuman kepadanya..
“ Dija kemas katil ni, ingat nak tukar cadarlah, banyak habuklah bilik ni”, ngomelku pada Kak Rina.
“ Ikut kaulah Dija, asal kau selesa sudah..” lagipun kau ni kan anak dara, kemaslah sikit katil tu, almari buku kau tu akak tengok dah macam sarang tikus pulak, rimaslah !” bebel kak Rina.
Aku hanya menarik muka masam tanda protes tetapi akhirnya tersenyum kembali. Aku sememangnya rapat dengan Kak Rina, semua masalah akan kami kongsi bersama- sama. Benarlah kata orang air dicincang tidak akan putus, begitulah ibaratnya hubunganku dengan Kak Rina.
“ Ye lah nanti Dija kemas bilik ye, akak tak usahlah berleter lagi, sekarang akak keluar pergi rehat ye, nanti kalau terkena habuk takut alahanlah pulak, akak tu dah sarat, bila –bila masa je dah boleh bersalin” ujarku sambil memandang wajah Kak Rina yang berseri –seri sejak akhir –akhir ini.
Tanpa banyak soal, Kak Rina bangun dari duduknya menuju ke dapur, mungkin haus agaknya. Fikirku sendirian. Aku pernah terbaca dalam sebuah majalah mengenai artikal wanita yang mengandung. Difahamkan wanita yang mengandung ini akan berperasaan sensitif disamping mudah letih dan tidak bermaya diawal kehamilan. Tapi itu hanyalah sementara dan bila usia kandungan semakin membesar masalah ini akan beransur berkurangan. Itu pengetahuan yang aku dapat melalui pembacaanku. Masihku ingat lagi bila Kak Rina kelihatan tercungap –cungap untuk bernafas..
“ Akak ok ke? Diya tengok lain macam je akak ni, akak da lupa ye doktor suruh akak rehat, kenapalah akak buat kerja –kerja ni” ? marahku melihat akak yang tercungap –cungap menarik nafas.
“ Akak ni degil lah, Diya nasihat tak nak dengar, Diya risaukan akak tu, doktor dah cakap kandungan akak tu tak kuat, takut jadi apa –apa pulak pada akak nanti!!”..aku terus- terusan mengomel melihat keadaan akak.
“ Diya janganlah risaulah, akak ok je, akak kenalah aktif sikit bila mengandung ni, orang cakap senang nak bersalin tau!” luah kak Rina dengan nada yang lucu.
“ Betul Diya, pakar sakit puan yang merawat akak pun ada bagitau macam tu pada akak, katanya pergerakan bayi dalam kandungan akan aktif sekiranya si ibu cergas dan aktif, minda bayi pun akan cepat berkembang. Lagipun akak perlukan tenaga yang lebih untuk melahirkan nanti”. Tegas akak kepadaku. Aku menggangguk tanda memahami kata –katanya.
Aku tersedar dari lamunan, lantas cepat-cepat ku tarik cadar lamaku untuk digantikan cadar yang baru. Sinar pagi yang berlalu itu, aku penuhi dengan membuat latih tubi untuk persediaan peperiksaanku tidak lama lagi. Aku lebih selesa menghabiskan masaku di rumah mengulangkaji pelajaran berbanding keluar berpeleseran tak tentu hala yang mengikut arus remaja. Apa yang pasti, aku bahagia dengan kehidupanku sekarang...
Aku meneruskan pembelajaranku yang tergendala tadi. Penuh khusyuk aku meneliti setiap soalan dan jawapan yang aku berikan agar tidak berlaku kesilapan atas kecuaianku sendiri. Aku berhenti rehat setelah merasakan badanku terasa lenguh dan menginginkan sedikit rehat. Aku menutup buku dan merebahkan tubuhku ke tilam. Fikiranku melayang mengingati Kak Rina yang bakal menjadi ibu tak lama lagi.
Seperti baru lagu Kak Rina mendirikan rumahtangga dengan Abang Yusuf. Tempoh perkenalan yang singkat akhirnya membawa ke gerbang perkahwinan. Itulah ketentuan yang tertulis untuk Kak Rina dengan Abang Yusuf meskipun perkenalan mereka begitu singkat. Inai masih merah dijari, berita Kak Rina berbadan dua menceriakanku sekeluarga. Kata orang tua- tua bunting pelamin.
Masihku ingat bila aku terpaksa menemani Kak Rina menjalani medical check up untuk mengesahkan kesahihan kandungannya. Mungkin Kak Rina sedih bila Abg Yusuf tak dapat menemaninya kerana bekerja di luar daerah.
“Akak nampak pucat je, kenapa?” soalku pada Kak Rina..
“ Entah lah Dija akak tak taulah, dah dua hari akak tak selera makan, nak kata sakit pun macam tak pulak, Cuma badan kurang selesa je” luah Kak Rina.
“ Akak banyak kerja ke kat pejabat? Muka akak pon tak bermaya lah, macam akak ada masalah je. Akak kalau ada masalah bagitaulah Diya, Kalau Diya boleh tolong, InsyaAllah Diya tolong. Kalau macam ni kita pergi klinik ye, akak mintak cuti dan rehat kat rumah. Itu jalan yang terbaik untuk akak.” Nasihatku pada Kak Rina.
“Nur Safrina Ahmad masuk!” arah pembantu doktor.
Perlahan – lahan Kak Rina dan aku berjalan masuk menuju ke bilik doktor yang tertera nama Dr Mohd Azam Ikhmal di luar pintunya. Kedatangan kami disambut mesra oleh doktor Azam serta kakitangan yang bertugas.
“ Puan Rina, saya dah catat keterangan Puan tadi, dan saya menggalakkan puan membuat Urine test untuk menyakinkan kesahihannya . Sekiranya Puan Rina didapati mengandung, ujian urine test ini akan menunjukkan keputusan yang positif dan ujian pengesanan janin akan dilakukan untuk menentukan hayat janin dalam kandungan Puan.” Terang Dr Azam.
Lantas Kak Rina bangun menuju ke bilik persalinan untuk melakukan ujian urine test. Aku hanya menunggu di luar dengan perasaan yang berbaur bimbang sesuatu yang buruk terjadi.
“ Tahniah Puan Rina, melalui ujian ynag dilakukan oleh puan sebentar tadi, puan didapati hamil dan usia janin dalam kandungan puan berusia tiga minggu, saya nasihatkan puan supaya banyakkan berehat dan makan makanan yang berkhasiat untuk tumbesaran bayi dalam kandungan” terang doktor muda itu pada Kak Rina.
Terpancar sinar kegembiraan diwajah kak Rina meskipun aku yakin ada kegusaran dalam hatinya. Berita gembira ini disampaikan pada seluruh ahli keluarga dan hanya ucapan syukur pada Ilahi yang mampumeniti setiap bibir insan –insan yang kesyukuran.
Kak Rina mengalami tempoh mengandung yang begitu banyak menguji kesabarannya. Alahan yang teruk membuatkan Kak Rina selalu sahaja keluar masuk hospital akibat muntah yang terlalu kerap dan kekurangan air. Aku yang melihatnya seakan –akan hampir berputus asa apabila melihat keadaan kakakku yang seakan –akan hampir nazak menghadapi dugaan ini. Masalah ini berkurangan bila usia kandungan kak Rina hampir mencecah empat bulan. Ku lihat selera kak Rina juga semakin baik dan susuk tubuhnya juga semakin berisi.
“ Rina kau makanlah sikit, jangan diikutkan sangat selera kau yang tak mahu makan tu, jamah sikit walaupun tak berselera, badan kau tu perlukan tenaga, jangan kau nak ambil sambil lewa je, mak tak nak apa –apa jadi pada kau dan bakal cucu mak nanti.” nasihat mak pada Kak Rina.
Kak Rina hanya menundukkan wajah tanpa bersuara. Mungkin Kak Rina tertekan dengan keadaan sekeliling ditambah pula kesihatan diri yang kurang mengizinkan dan pergolakan emosi yang kurang stabil akibat perubahan hormon dalam tubuh badan orang yang mengandung.
“ Mak, bukan Rina tak nak makan, Rina tak seleralah nak makan, mungkin ni pembawa budak kot, mak janganlah risau, Rina selalu ambil vitamin untuk menambah gizi dalam badan Rina ni, lagipun Dr Azam dah bagi penerangan pada Rina kelmarin mengenai usia kandungan Rina ni. Mak percayalah pada Rina ye”..Pujuk Kak Rina pada mak.
“ Dija kau fikir apa tu?” sergah Kak Rina..
“ Eh Kak Rina, bila akak masuk bilik? Dija tak perasanlah” . Soalku pada Kak Rina yang kelihatan terpinga – pinga memandangku.
“ Kau berangan ye Dija, Akak masuk pun kau tak perasan ye, sampai hati kau ye,” Luah Kak Rina dengan wajah yang sedih.
Pantas aku mendekati Kak Rina lalu ku raih tangannya. Orang kata perempuan mengandung ni mudah tersentuh hatinya, tak ingin rasanya aku menyakiti hati Kak Rina disaat –saat dia menantikan kelahiran anak sulungnya yang juga bakal anak saudaraku yang pertama dalam keluarga..
“ Kak Rina terasa hati dengan Diya ke? Kak Rina, Diya mintak maaf, bukan niat Diya nak sakitkan hati akak, Diya sayangkan akak, Diya Cuma terlaka tadi memikirkan keadaan akak sekarang,”
“ Pasal akak? ” “ kenapa pulak? ”
Nyata, terkejut sekali wajah Kak Rina bila aku ceritakan satu persatu kenanganku menemaninya setiap kali berjumpa doktor. Ku catat semua nasihat –nasihat doktor untuk perkembangan bayi sehinggakan aku sendiri menyimpan filem hasil ujian imbasan pergerakan bayi dalam perut sebagai bukti aku terlalu menyanyangi Kak Rina dan juga bakal anaknya yang akan lahir tidak lama lagi.
“ Diya, akak tak sangka sampai macam tu sekali kau berkorban untuk akak, akak bertuah ada adik seperti kau, banyak akak terhutang budi pada kau, sejak kali pertama akak disahkan mengandung sampai ke saat ini kau tetap ada bersama dengan akak. Oleh sebab suami akak bekerja luar daerah, kau saja yang sering menemani akak kemana –mana.” Terang Kak Rina kepadaku.
Tergambar kesedihan diwajahnya apabila terpaksa berjauhan dengan suami yang terpaksa berkhidmat untuk negara, bangsa dan agama. Tugas sebagai askar memerlukan pengorbanan yang tinggi sehinggakan terpaksa berjauhan dari keluarga. Semuanya menuntut pengorbanan.
Perbualanku terhenti bila mak mencelah perbualan kami.
“ Amboi sakan betul berdua ni berborak, sembang apa ni?” usul mak
kami hanya tersenyum memandang mak yang terpinga – pinga melihat telatah kami.
“ Dija kau tak payah nak layan kakak kau ni, makin banyak nanti ceritanya, ni dah waktu tengahari, cepat kau ke dapur, mak nak pergi ke kedai , cari ikan sikit, kau tanak nasi dulu ye, jangan lupa pula” petah mak memberi arahan.
Aku hanya sekadar mengangguk dan terus menuju ke dapur.
Usai makan malam, aku terus ke anjung rumah. Ku lihat kak Rina termenung sendirian di anjung rumah, mungkin merindui abang Yusof.
“ Akak kenapa ni?” Diya tengok lain macam je tadi, kenapa? Akak tak sihat ke? Ceritalah pada Diya, mana tahu Diya boleh tolong.” Luahku pada Akak Rina.
“ Entahlah Diya, akak pun tak tahu, tapi malam ni akak betul –betul tak selesa, baby akak ni lain macam je rasanya, susahlah akak nak cakap, semua akak buat tak kena”. Luah akak dengan nada sebak.
Sabarlah Kak Rina, mungkin baby akak tu mengalami kontraksi, akak tu aktif sangat bergerak, akak perlukan rehat lagi –lagi dah nak sampai masa ni.
“ Baby akak ni asyik menendang je, akak takutlah Diya, kalau ada apa-apa terjadi nanti,akak takut Diya, orang cakap bersalin anak sulung ni susah, banyak risiko, akak takut Diya”. Keluh akak kepadaku sekadar meluahkan perasaan yang terpendam.
“ Akak tahu, kenyataan ni akak kena hadapi juga, walaupun akak terpaksa bertarung nyawa, akak hanya mampu berdoa semoga semuanya selamat”
Aku hanya diam mendengar penjelasan akak tadi dengan harapan Kak Rina akan selamat.
“ Akak janganlah risau, Diya harap segalanya akan berjalan lancar, Diya yakin akak akan selamat, doa Diya akan sentiasa mengiringi akak.”
“Akak Diya masuk tidur dulu ye, penatlah hari ni,akak jangan tidur lewat –lewat sangat ye, jaga kesihatan akak tu” pesanku kepada Kak Rina.
Pantas aku bangun menuju ke bilik. Entah kenapa aku terasa begitu letih sekali, mungkin aku tidak dapat rehat yang cukup sejak akhir- akhir ini berikutan aku yang banyak mengulangkaji pelajaran. Aku terus merebahkan badanku yang seakan –akan lemah dan terbuai dengan perasaan yang letih. Pantas kelopak mataku mula layu, tenang dan terus dibuai....
“ Aaaaaaahhh Allahu Akhbar!!!.Ya Allah sakitnya, mak tolong Diya mak, mak tolong Diya mak, Diya sakit mak, mak!!!. Terasa tubuhku bergelut melawan kesakitan.
Aku memandang orang sekeliling yang berada berhampiran denganku, semuanya berpakaian putih dan tidak sekali melemparkan senyuman.. Aku kaget melihat seolah –olah perutku membesar dan bergerak- gerak. Orang di sekelilingku seakan- akan bersedia untuk mengerjakanku. Aku merasakan waktu itu aku sedang mengandung dan bertarung nyawa menghadapi saat –saat kelahiran.
“ Apa semua ini?” tanyaku, namun suaraku tak dapat di dengar, hanya senyuman sinis dapat ku lihat melalui orang disekelilingku.. Aku panik “ Ya Allah musibah apa yang Engkau turunkan ini? Lindungilah hambaMu ini, janganlah Engkau masukkan aku dalam golongan yang sesat” doaku dalam hati.
Kesakitan makin terasa di bahagian perutku, sakitnya sudah tidak terbanding lagi, aku mengerang kesakitan. Sedaya upaya aku cuba untuk melawan kesakitan, tiba –tiba.....
“ Mengucap sayang, usah diturut kata hati, banyakkan istighfar sayang, ingat apa jua yang berlaku adalah ketentuan yang tertulis dan anggaplah ini sebagai takdir dari Allah Swt” Berbalam –balam aku melihat bayangan mak yang memakai serba putih, perasaanku tambah tidak keruan.
“ Mak tolong Diya mak, Diya sakit mak..” “ Mak..mak...mak!!!!!!!!
Bayangan mak berlalu pergi ditelan kepulan kabus keputih – putihan..
Sakitku semakin menjadi –jadi, ku lihat orang disekelilingku hingar- bingar, segera ku tarik nafas dan ku teran sekuat hati, suasana sunyi, perutku yang tadinya membulat akhirnya surut kembali, tiada sesiapa berada disampingku. Tiba –tiba aku melihat kelibat seseorang yang membawa sesuatu dalam bungkusan kain dan berlalu pergi. Aku cuba memanggilnya namun tidak dihiraukan dan lansung tidak menoleh kebelakang.
Aku panggil lagi dan tiba –tiba ia menoleh, aku terkesima melihat wajahnya yang sungguh menggerikan dan ditanganya ada bayi yang masih lagi berdarah. Aku menjerit ,namun ianya hanya ketawa berdekah –dekah.
“aaahhh...ahhhh....aaahhh mak, mak,mak!!!!.”
“ Diya bangun sayang, bangun Diya, Ya Allah mimpi pula budak ni”..
“Diya, Diya mengucap sayang”
Aku tersedar, ku lihat mak ada disebelahku. Aku renung keadaan sekeliling sunyi dan berbeza dengan yang tadi.
“Astagfirullahal azim, aku beristigfar sebentar”
Mak Dija mimpilah mak, Dija takut, mimpi Dija menakutkan.
“ Mak mana Kak Rina?” soalku pada mak.
“ Kakak kau dah pergi hospital, pecah ketuban tadi kat rumah, mak malas nak kejutkan kau, nampak penat sangat, ni mak balik ni nak ambil perkakas kak Rina kaulah ni, Rina baru je selamat melahirkan anak perempuan tadi, nasib baik sempat sampai hospital” terang mak kepadaku.
Aku yang masih terpinga – pinga hanya mengangguk. Lantas fikiranku tertumpu pada mimpiku sebentar tadi, mungkin ada hikmah disebalik mimpiku tadi. Mungkina aku terlalu memikirkan keadaan Kak Rina yang sarat mengandung sehinggakan aku terbawa –bawa dalam alam mimpi.
“ Diya cepat kau bersiap, mak nak ajak kau pergi jenguk Rina kat hospital, kesian pula mak tengok, anak sulong pulak tu, jangan lupa kau bagitau pada abang Yusuf ye Rina da selamat.” Pesan mak kepadaku.
Aku sampai ke hospital bertemankan mak, ku lihat kak Rina terbaring lesu di atas katil, mungkin penat agaknya.
“ Kak, Diya datang, Syukur Alhamdulillah akak dah selamat sekarang, lepas ni akak tak payah risau lagi ya, semuanya sudah selamat.”
Pintu bilik terkuak dari luar, kelihatan seorang nurse memangku bayi yang diselimuti dengan kain, pantas sebuah senyuman terhias dibibir molek nurse itu. Bayi kemudianya dipangku oleh mak dan diserahkan pada Kak Rina. Rengekan si kecil menandakan ianya haus dan ingin dimanja.
Aku tersenyum melihat Kak Rina yang kelihatan kekok memberikan susu badan, mungkin pengalaman yang cetek dalam menguruskan anak tika usia yang masih muda. Bayi Kak Rina kami namakan dengan Qaseh Irdina tanda penyatuan cinta antara Abang Yusuf dan Kak Rina. Lebih mengejutkan, abang Yusuf juga telah berjanji untuk bersara awal dari tugas sebagai seorang askar sebaliknya memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga. Sehingga kini, aku tidak pernah berkongsi pengalaman mimpiku sebaliknya ku simpan menjadi rahsia. Mungkin apa yang terjadi ada hikmahnya. Aku berharap dengan adanya ilmu melalui pembacaan dan pengalaman yang lepas aku mampu menjalankan tanggungjawabku dengan sempurna apabila aku mendirikan rumahtangga kelak.